Wednesday, January 23, 2013

cuti maulidur rasul

  Lamanya tinggal dunia blog nih. dah dapat kekuatan barulah boleh menulis entri yang sememangnya tak best nih. bukan merendah diri, tapi sesungguh ini kenyataan hahaha. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keputeraan Rasulullah junjungan nabi kita. hari ini redup sahaja, tenang dan damai, tak panas tak hujan. Bukan nak berlagak baik tapi marilah kita sama berselawat keatas Rasulullah s.a.w, semoga baginda mengenali kita di padang mahsyar nanti.

   Oh yea, alang-alang dah cuti ini apa plan anda semua ye? saya bangun-bangun pagi dah buat cucur. mula buat cucur milo sedikit. pelik tapi sedap. macam cucur kodok juga lah warna dia. huhu lepas tu rajin lagi mengadun tepung buat cucur bawang special pedas berlada. haa ambik kaw! panjang bebenor nama. yelah resepi campakcampak semua yang ada. huhu boleh lah dibuat makan-makan untuk 3 serangkai kami yang muda belia remaja nih.

   Ikutkan hati hari ni nak buat laksa. barang-barang semua dah beli. tapi kecewa bila blender rosak. nak beli memang taklah kan. baik balik rumah ambil blende kat rumah lagi bagus. pagi tadi try ketuk pintu jiran sebelah nak pinjam blender. dah lah tebal muka, terpaksa pula tanggung kecewa bila kak sebelah kata dia takdak blender. sedihnyaaa hidup. tapi sempoi lah kakak tu, macam mana ek dia spend duit hari-hari makan luar. kalau mak saya buat macam tu, naya kena marah dengan ayah. wanita moden sungguh mereka ni. tak jadi lah nak buat laksa. simpan balik bahan-bahan tadi. tunggu hari selasa nanti jelah buat. bawak balik blender dari rumah. huhuhu

  gambar-gambar dalam blog ni serta entri-entri lama sudah dibuang. biar simple mimple je  ;D singgah sekejap-sekejap sudah la ye. jangan godek lama-lama sangat. malu saya :P oke lah see you <3



notajejaripendek : jangan lupa tengok entri ini yeah ! >>seciput info tentang job di rumah


No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda