Thursday, January 31, 2013

duit ! wang ! money ! fulus !

     haishh malasnya saya nak update blog nih. tapi takpa, wajib update kalau tidak bersawang pula nanti. nampak tak gambar diatas? tahu apa itu. kalau tanya budak umur 3 tahun pun mesti dia tahu itu apa. budak sekarang RM1 pun tak pandang dah. padahal masa kita darjah  dulu. duit seringgit tu pun dah kira banyak.

    tadi saya pergi bank. nak bank in duit dekat mak. saya nampak seorang hamba Allah ni pegang tabung. bukan letak atas meja tahu. tapi pegang je. hurm saya pun hulur lah RM10. sedikit je kan? tapi itu je yang saya mampu. yang itu je yang saya ikhlas. apa-apa pun yang penting ikhlas kan? baru ada berkat. hurm sedihnya. dah lama tak bersedekah. selalu bersedekah guna duit mak. sekarang dah bekerja kena lah bersedekah duit sendiri. huhu semoga mendapat berkat. Aminnn..

   punya la penat tunggu gaji setiap bulan. tapi bila dah dapat macam air je jalan kan duit tuh. hurmmm rasanya mulai sekarang kena tekad lah nak kumpul duit. simpan betul-betul. senang untuk masa depan. haisshhh serius kenapa semua perlukan wang? tension betul lah. nak buang air pon kena duit.huhhhh... wahai anak-anak dato' diluar sana. cepatlah masuk meminang saya. hahaha senang nak duk rumah goyang kaki. hahaa.

     pernah tahu seorang rakan lelaki saya bertanya. hang kalau nak kahwin nak dengan orang berduit ke tak. saya jawab saya tak kisah. janji dia sayang saya. kawan saya tanya, yeke? boleh percaya ka? aku tahu la aku banyak kakak. semua kakak aku semua nak laki ada duit. takkan nak hidup susah kerana cinta??
bila saya fikir balik saya mengeluh. haishhh susahnya hidup. ahaha

   tapi serius bila saya dah mula bekerja baru lah keinginan nak duit itu meluap-luap. hurmm takpa. sedikit demi sedikit.  lama-lama jadi bukit. yang penting wang bukan segalanya. yang penting hati kita kepada Allah S.W.T . kan ? I miss you mom and dad ;( terima kasih kerana susah payah besarkan anak-anakmu ini. betapa susahnya cari duit kan? halalkan lah semuanya mak dan ayahku.. terima kasih. takdapat dan tak mungkin untukku balas semua jasamu. ;(

  
  
 

No comments:

Post a Comment

boleh tinggalkan komen anda